-
Blog siapa?
Categories
- 1 year old (6)
- 2 years old (2)
- 3 tahun (1)
- 3 years old (5)
- 4 years old (4)
- 5 years old (7)
- 6 years old (3)
- 7 years old (4)
- Aktiviti (6)
- Cerita Lahir (4)
- Demam (1)
- Jalan-jalan (5)
- Jaundis (1)
- Klinik (2)
- pertandingan (1)
- puasa (1)
- ragam (5)
- sakit (2)
- sekolah (10)
- Senyum (1)
- siblings (1)
- solat (1)
- telatah (4)
- Tentang Saya (3)
- Terengganu (1)
- Tidur (1)
- uri (1)
Archives
Hari ni 3 Ramadhan. Baru pagi tadi saya bangun sahur untuk puasa. Masa hari pertama dan kedua puasa, saya tak sedar langsung abah dan ummi kejut bangun sahur. Hari pertama saya sahur jam 11.00 pagi dan buka jam 3 petang. Hari kedua macam tak puasa langsung. Konon2 sahur jam 8.30 pagi tapi lepas tu asyik nak makan dan minum je. Dua hari tu duduk kat rumah atuk Aisyah. Hari ni dah kat rumah sendiri.
Malam tadi lepas ngeteh balik tarawih, abah dah pesan awal2 esok pagi2 kena bangun sahur. Pagi tadi bila kena kejut, senang jugaklah saya nak bangun. Makan nasi sikit pastu makan aiskrim lagi. Abah tetapkan target hari ni saya kena puasa sampai tengahari.
Lepas sahur dan solat subuh, saya tak tidur. Saya ngan abg Asyraf tengok tv sampai kul 8. Dah jam 9 baru mandi. Sekarang saya dah ...
Sebelum Hari Guru tu saya masuk pertandingan mewarna. Pertandingan tu dibuat di PPD Kluang dan ummi yang bawa saya pergi sana. Kami pergi berdua je. Sebelum pertandingan tu saya dah berlatih mewarna kat rumah. Abah siap belikan pensel warna baharu untuk saya.
Hari pertandingan tu, bila dah sampai saya dan ummi terus la masuk dewan tempat mewarna. Lepas taklimat semua, ibu bapa yang datang kena duduk kat luar tak nak ganggu anak2 nak mewarna. Ummi pun keluar la. Bila dah disuruh mewarna, saya pun mula la warna.
Lepas tu ada orang datang ambil gambar kami tengah mewarna. Mula2 saya ok je orang ambil gambar. Lepas tu saya terus je macam moody, hilang semangat nak mewarna. Jadinya, saya nangis la sambil mewarna tu. (Ni cerita versi saya). Cerita sebenarnya ummi pun tak tahu kenapa saya nangis. Bila ummi masuk semula dalam dewan, tengok saya dah menangis.
Gambar2 kami masuk dalam suratkhabar tau. Dua pulak tu. Satu dalam Berita Harian, satu lagi Harian Metro. Gambar saya yang dalam Metro tu ok. Yang dalam BH je xnampak, sebab saya tengah tunduk menangis.
Cuti Tahun Baru Cina kali ni kami sefamili tak balik ke Terengganu walaupun cuti sekolah seminggu. Sebabnya abah plan nak mengecat dapur rumah cuti ni. Lagipun nanti bulan 3 ada cuti lagi seminggu. Insya Allah masa tu balik Terengganu.
Untuk kali ni, kami pergi mandi kat waterpark di Kempas. Nama tempat tu Starhill Golf And Country Club. Sebenarnya banyak kali dah kami pergi tapi kali ni dah lama tak pergi. Kiranya sejak Afif lahir belum pergi lagi. Dah setahun lebih jugak.
Kami bertolak dari rumah awal pagi sebab nak makan breakfast kat Hutan Bandar. Masa bertolak tu hujan di Simpang Renggam. Saya dah risau tak dapat mandi kolam. Saya asyik tanya je abah..boleh tak mandi? Abah cakap Iffah doa la mintak Allah berhentikan hujan. Saya pun doa lah kuat2 macam Baim doa. Kenal tak Baim? Alaa..yg dalam cerita sinetron Indonesia petang2 tu.
On the way tu, hujan on off..sekejap hujan sekejap tak. Masa breakfast kat hutan bandar pun masih renyai2 lagi. Alhamdulillah, masa kami sampai di Starhill, hujan dah mula berhenti. Dapatlah kami mandi-manda dengan seronok. Alahamdulillah, terima kasih Allah.
Hari ni dah hari kelima saya kena jentungan. Mula dari hari Rabu lepas, masa kat rumah saya perasan ada ketulan berair kat tepi mulut. Pagi tu masa nak breakfast, saya bagitahu ummi ngan abah. Abah cakap nanti sapu minyak gamat.
Masa tu tak tahu sakit apa. Ingatkan lepuh biasa je. Bila nak tengahari, tumbuh banyak kat badan. Terus abah bawa pergi klinik. Doktor cakap kena chicken pox. Doktor bagi ubat demam, antibiotik ngan gatal.
Hari ketiga, hari Jumaat saya sefamili bertolak balik kampung ummi kat Terengganu. Pagi tu masa nak bertolak, banyak jugak dah tumbuh kat leher ngan badan. Bila sampai rumah tok ki petangnya, makin banyak keluar kat muka. Malam tu saya tak boleh tidur lena, dengan demam dan gatalnya.
Esoknya, abah ngan ummi bawa saya pergi klinik lagi sebab ubat demam dah abis. Doktor kat klinik tu ckp saya kena penyakit jentungan, panggilan kepada chicken pox. Kalau org johor panggil demam campak kot, kat sini jentongan. Tapi org terengganu ckp jentungan kalau bintik2 tu berair, kalau ruam merah2 je namanya campak. Doktor bagi saya ubat demam, gatal pastu pil untuk jentungan dan ubat sapu. Rupa-rupanya ada ubat khusus untuk chicken pox ya. Doktor cakap pil tu untuk tak nak bagi bintik2 tu bertambah banyak.
Hari ni, bintik2 tu dah mula kering tapi warnanya hitam. Saya pun takut nak tengok muka saya kat dalam cermin. Bila abah nak ambil gambar pun saya tak bagi. Cuma semalam abah dapat ambil satu gambar, dia cakap nak tunjuk kat atuk Aisyah.
Biasanya, kalau mandi dalam kolam renang ke, kat pantai ke, saya akan pakai pelampung lengan. Senang sikit nak berenang. Eh? boleh berenang ke saya?
Jom la tengok video ni...
Presented by airline carry on luggage, Orlando Hotels, SharePoint, Designed by Dedicated Servers.



