Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Masa Family Day sekolah abah kat Felda Residence, Tanjung Leman, saya rasa seronok sangat sebab kat situ ada kolam renang! Saya memang suka mandi-mandi ni, Kalau balik rumah Tok Ki kat Terengganu pun saya selalu mandi kat pantai.

Biasanya, kalau mandi dalam kolam renang ke, kat pantai ke, saya akan pakai pelampung lengan. Senang sikit nak berenang. Eh? boleh berenang ke saya?

Jom la tengok video ni...

Teruskan membaca >>
Read Comments

Jom bersenam...

Pagi ni cuti sekolah lagi...hari Khamis. Iffah, kak Husna dan abg Asyraf bangun awal sebab abah dah janji nak bawak kitaorang pergi jogging pagi ni.

Kami jog kat Hutan Bandar kat Simpang Renggam ni je. Trek joging ni baru je bukak, pokok-pokok pun tak besar lagi. Apapun, seronok bersenam pagi ni.







Teruskan membaca >>
Read Comments
Cuti sekolah ni macam biasa kami balik ke rumah Tok Ki la. Cuma kali ni kami balik lambat sikit sebab banjir, jalan pun banyak yang ditutup. Cuti kali ni Tok Ki buat kenduri kawin untuk Mak Teh Yana dan Aunty Kimah.
 Masa dalam perjalanan balik ke Terengganu. Kali ni lalu KL dan Karak sebab banjir. Ni berhenti rehat kat RnR Gambang, LPT.


 Posing masa hari kenduri...hehe

 Bergambar dengan kakak saya..cantik tak baju kami?

 Kak Husna, abg Asyraf ,sepupu Adam dan kawan Afrina

 Bila balik sini seronok la dapat tengok ombak hari2...

 Subhanallah....

 Takut la tengok ombak kuat sangat pagi ni....

 Jom main pasir.....




Teruskan membaca >>
Read Comments
Salam semua,

Hari ni masih lagi cuti CNY..so, sume family members Iffah ada kat rumah..abah ngan ummi tak pergi mengajar, kak Husna dan abg Asyraf pun tak pergi sekolah..yang paling penting Iffah tak kena duduk kat rumah pengasuh..heee...

Kami baru balik jalan-jalan kat KL malam tadi...bukan malam tadi jalan KL..malam tadi baru sampai rumah lah..heee...cuti kali ni 3 hari kami jalan-jalan kat KL..start hari Rabu sampai la semalam, hari Jumaat.

Iffah nak citer hari pertama je..hari kedua ngan ketiga nanti kak Husna dan abg Asyraf cite dalam blog diaorang..hee..

Ari Rabu tu kitaorang bertolak dari rumah atuk Aisyah kat Batu Pahat dalam kul 9 pagi..sampai kat RnR Seremban berenti lunch dulu..hee..

Pastu baru sambung jalan ke KL. Sampai kat KL, mula2 kami cari hotel dulu nak tidur malamnya..nanti kang nak tidur mana plak kan?heee..pas dapat bilik kami terus pergi ke Zoo Negara. Sampai kat zoo dalam pukul 2.45 pm..terus je masuk dalam..of course la beli tiket dulu kan..hee..terus kami pergi kat tempat persembahan haiwan.


 Iffah dan abah....

 Seriusnya muka abg Asyraf...heee...

 Selingan...snap gambar dulu....

 
 Nama apa tah binatang warna hitam ni....


 Macam biasa...Iffah kalau tak memanjat memang tak sah! 

Pas tgk persembahan tu, kami naik tram je round2 kat zoo...nak jalan penat la...hee..lagi pun masa tu dah pukul 4..cuma ada jugak jalan sikit bila tram stop kat station 4..masa tu dapat la tgk haiwan dekat2...

 Kak Husna ngan abg Asyraf atas tram

 Panjangnyer leher dierrr..........

 Rasa nak pegang je belalai gajah nie...

 Kakak zoo tu cakap ada 700 flamingo kat tasik ni...

Saya suka yang nie....mmmmbekk!!!!

Jom posing!




Kami keluar dari zoo dekat pukul 6 petang...org zoo pun nak balik kerja dah...tu pun rasa tak puas lagi tengok haiwan...besar sangat la zoo ni..

Jom baca cite hari kedua ngan ketiga pulak! pergi kat blog abg Asyraf  dan kak Husna ye...
Teruskan membaca >>
Read Comments

Jom mengaji

Umur saya sekarang dah setahun 10 bulan..kira dah besar dah..kalau dulu,kak Husna dan abg Asyraf umur macam saya ni dah nak dapat adik pun..Abg Asyraf lahir masa umur kak Husna 2 tahun 5 bulan. Saya pulak lahir masa abg Asyraf umur 2 tahun sebulan. Bila pulak saya nak dapat adik ni?

Ni nak tunjuk gambar kami adik beradik mengaji. Biasanya pas maghrib kak Husna yang mengaji, saya suka belek2 kitab iqra' tu..sampai koyak2 dah..abg Asyraf pulak tak rajin nak mengaji..asal lepas maghrib dia sibuk la nak tengok ultraman mebius kat tv.


Teruskan membaca >>
Read Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...