Bila dah ngantuk

Bila pergi jalan2 naik kereta jarang saya tidur kalau destinasi nak dituju tu dekat je..lain lah kalau sebelum berjalan tu saya memang belum tidur. Rutin tidur saya waktu siang kalau dok rumah pengasuh, sampai je saya dah kena masuk dalam buaian..saya pun takde pilihan la..huhu..

Kalau abah ngan ummi cuti..pagi biasanya saya tak tidur. Dah nak tengahari sket baru la saya tidur. Waktu petang plak memang jarang saya tidur..

Dalam gambar ni saya memang dah ngantuk sangat. Masa ni balik dari Melaka..dah sampai rumah pun. Tapi dek kerana dah ngantuk sangat, saya lentok je kepala kat bahu abah..terus zzzz...
Syoknya tidur....

 

Teruskan membaca >>
Read Comments

Jom mengaji

Umur saya sekarang dah setahun 10 bulan..kira dah besar dah..kalau dulu,kak Husna dan abg Asyraf umur macam saya ni dah nak dapat adik pun..Abg Asyraf lahir masa umur kak Husna 2 tahun 5 bulan. Saya pulak lahir masa abg Asyraf umur 2 tahun sebulan. Bila pulak saya nak dapat adik ni?

Ni nak tunjuk gambar kami adik beradik mengaji. Biasanya pas maghrib kak Husna yang mengaji, saya suka belek2 kitab iqra' tu..sampai koyak2 dah..abg Asyraf pulak tak rajin nak mengaji..asal lepas maghrib dia sibuk la nak tengok ultraman mebius kat tv.


Teruskan membaca >>
Read Comments
Cuti sekolah bulan 6 nie kami sefamili pergi jalan-jalan ke utara. Entri saya ni Part 1, sebab ada 2 part lagi...Part 2 kat blog abang Asyraf dan Part 3 kat blog kakak Husna.

Hari pertama, 1 Jun 2012 - Kami bertolak dari rumah di Simpang Renggam pagi-pagi. Berenti makan breakfast kat Bakri..pastu sambung perjalanan ke rumah Ayah Ngah kat Manjung Perak. Hari tu masak jugak la duduk dalam kereta je..

Sampai kat Manjung dah petang, dalam jam 5 lebih. Jumpa la ngan sepupu kami, anak ayah ngah..Adam ngan  Afkar. Adam ni 5 tahun, Afkar pulak sebaya saya..cuma dia tua 2 bulan. Malam tu, abg ngah saya seronok la main Ultraman ngan Adam..bukan selalu dia dapat main ngan geng lelaki, kalau kat Johor jumpa sepupu perempuan je.


Saya pulak bukannya pandai lagi nak main ngan orang. Cuma pagi esoknya je pinjam basikal Afkar main sekejap. Tengok la gambar kat bawah ni, dia nak amik gambar ngan saya pun malu2.hehe...


Ni pulak gambar kenangan kakak, abg ngah dan Adam kat gazebo rumah ayah ngah.  Insya Allah lain kali datang lagi kat sini..kitaorang sepupu ni susah nak jumpa sebab ayah ngah kerja TLDM, che ngah pulak kerja nurse..jadi, memang susah nak cuti.


Jom baca sambungan citer kami kat sini..klik




 
Teruskan membaca >>
Read Comments

Syoknya tidur..

Malam ni saya susah nak tidur, baring atas toto..dok golek kanan...pastu ke kiri..mata tak nak lelap jugak. Ummi masukkan saya dalam buaian..hmm..tak boleh nak tidur jugak.

Abah balik rumah kul 9.30..abah pergi mana tah saya tak tahu..terus abah baringkan saya macam dalam gambar ni...



At last..saya tidur.....abah pun tidur sekali..hehe...
Teruskan membaca >>
Read Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...