Action song ¦ Incy Wincy Spider Malay Version

Petang tadi Afif bad mood. Asyik nak menangis je. So, saya ngan kak Husna cuba la nak hiburkan dia dengan menyanyi. Sebenarnya, saya tak tahu sangat pun nak menyanyi. Saya tak hafal liriknya. Kak Husna menyanyi, saya buat gayanya je.

Jom tengok...

Teruskan membaca >>
Read Comments

flash

Teruskan membaca >>
Read Comments

Kena Jentungan

Hari ni dah hari kelima saya kena jentungan. Mula dari hari Rabu lepas, masa kat rumah saya perasan ada ketulan berair kat tepi mulut. Pagi tu masa nak breakfast, saya bagitahu ummi ngan abah. Abah cakap nanti sapu minyak gamat.

Masa tu tak tahu sakit apa. Ingatkan lepuh biasa je. Bila nak tengahari, tumbuh banyak kat badan. Terus abah bawa pergi klinik. Doktor cakap kena chicken pox. Doktor bagi ubat demam, antibiotik ngan gatal.

Hari ketiga, hari Jumaat saya sefamili bertolak balik kampung ummi kat Terengganu. Pagi tu masa nak bertolak, banyak jugak dah tumbuh kat leher ngan badan. Bila sampai rumah tok ki petangnya, makin banyak keluar kat muka. Malam tu saya tak boleh tidur lena, dengan demam dan gatalnya.

Esoknya, abah ngan ummi bawa saya pergi klinik lagi sebab ubat demam dah abis. Doktor kat klinik tu ckp saya kena penyakit jentungan, panggilan kepada chicken pox. Kalau org johor panggil demam campak kot, kat sini jentongan. Tapi org terengganu ckp jentungan kalau bintik2 tu berair, kalau ruam merah2 je namanya campak. Doktor bagi saya ubat demam, gatal pastu pil untuk jentungan dan ubat sapu. Rupa-rupanya ada ubat khusus untuk chicken pox ya. Doktor cakap pil tu untuk tak nak bagi bintik2 tu bertambah banyak.

Hari ni, bintik2 tu dah mula kering tapi warnanya hitam. Saya pun takut nak tengok muka saya kat dalam cermin. Bila abah nak ambil gambar pun saya tak bagi. Cuma semalam abah dapat ambil satu gambar, dia cakap nak tunjuk kat atuk Aisyah.

Teruskan membaca >>
Read Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...