Masuk Pertandingan Mewarna Hari Guru

Sebelum Hari Guru tu saya masuk pertandingan mewarna. Pertandingan tu dibuat di PPD Kluang dan ummi yang bawa saya pergi sana. Kami pergi berdua je. Sebelum pertandingan tu saya dah berlatih mewarna kat rumah. Abah siap belikan pensel warna baharu untuk saya. 

Hari pertandingan tu, bila dah sampai saya dan ummi terus la masuk dewan tempat mewarna. Lepas taklimat semua, ibu bapa yang datang kena duduk kat luar tak nak ganggu anak2 nak mewarna. Ummi pun keluar la. Bila dah disuruh mewarna, saya pun mula la warna.

Lepas tu ada orang datang ambil gambar kami tengah mewarna. Mula2 saya ok je orang ambil gambar. Lepas tu saya terus je macam moody, hilang semangat nak mewarna. Jadinya, saya nangis la sambil mewarna tu. (Ni cerita versi saya). Cerita sebenarnya ummi pun tak tahu kenapa saya nangis. Bila ummi masuk semula dalam dewan, tengok saya dah menangis.

Gambar2 kami masuk dalam suratkhabar tau. Dua pulak tu. Satu dalam Berita Harian, satu lagi Harian Metro. Gambar saya yang dalam Metro tu ok. Yang dalam BH je xnampak, sebab saya tengah tunduk menangis.

Teruskan membaca >>
Read Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...