Bila ummi kena tahan kat wad, tiap2 hari la abah datang ke hospital melawat ummi. Mujur la masa tu cuti sekolah lagi. Ada 2 minggu lebih lagi sebelum abah kena bertugas kat sekolah. Jadi, abah, kak Husna dan abg Asyraf dok kat rumah atuk Aisyah kat Semerah, Batu Pahat. Kira dekat la rumah atuk ngan hospital.
Hari demi hari..macam tu lah keadaanya sampailah hari Isnin 27 Disember 2010. Masa tu abah, kak Husna ngan abg Asyraf dah balik ke rumah kami di Simpang Renggam sebab abah dah kena bertugas di sekolah. Kalau ikutkan, ummi cakap hari tu abah tak payah la datang melawat ummi sebab jauh jugak Simpang Renggam ke Batu Pahat. Lagipun doktor dah setkan tarikh ummi kena operation pada 11-1-11 (cantik kan?).
Tapi memang dah ditakdirkan, abah rasa nak jugak pergi melawat ummi hari tu. So, petang tu abah datang ke hospital macam biasa. Kak Husna ngan abg Asyraf abah tinggalkan kat rumah mak ngah kat Senggarang sebab budak2 tak boleh masuk dalam wad.
Tengah2 abah ngan ummi dok berborak petang tu, tiba2 ummi rasa macam keluar darah. Tengok2 rupanya betul. Banyak jugak darah yang keluar. Abah cepat2 pergi bagitau kat nurse. Kelam-kabut jugak masa tu. Lepas 5 minit, doktor pun datang. Bila dokor dah check ummi, dia pun bagitau abah yang ummi kena jugak operate petang tu sebab darah dah keluar...
Bersambung lagi...
0 comments:
Post a Comment