Cerita Uri

Seperti yang semua dah maklum, saya ni dilahirkan melalui pembedahan. Sebabnya, waktu dalam perut ummi, uri saya ada kat bawah, jadi saya tak boleh nak lahir secara normal. Sebab tu lah jugak, masa abah saya nak tanam uri saya tu, abah siap ambik gambar lagi. Boleh buat kenangan, lagipun mesti ramai yang tak pernah tengok camana sebenarnya uri tu kan?

Jom kita tengok..

 Gambar ni fresh masa uri dalam bungkusan hospital. Biasanya, uri tu dimasukkan dalam plastik dulu. Uri saya ni ada dalam 2 lapis plastik. Kat luar baru la bungkusan kertas ni.


 Uri yang masih berdarah. Nampak kan tali pusat tu? Nak tahu apakah fungsi uri?
Uri ni adalah perantara antara ibu dan bayi. Darah ibu mengalir  kepada janin dan bahan kumuh janin pula disalurkan kepada ibu melalui uri.Bekalan oksigen  dan zat makanan dihantar kepada janin melalui plasenta.Jika ibu menghidap penyakit darah tinggi semasa mengandung,uri turut terganggu di mana salur darah dalam uri menjadi sempit dan apabila darah tidak dapat mengalir sempurna maka bayi kemungkinan akan menjadi kecil saiznya kerana kurang zat penting.
Fungsi lain uri juga sebagai penapis darah sebelum sampai kepada janin.Segala bahan toksik pada bayi di tapis terlebih dahulu sebelum sampai pada bayi. SUMBER




 Ni masa abah tengah bersihkan uri saya. Abah saya ni sebenarnya penakut ngan darah yang pekat dan banyak. Nak pitam dia kata bila tengok. Abah pancutkan air je nak buang darah yang melekat kat uri tu. Ada orang-orang tua yang rendam ngan air garam atau asam, biasalah orang melayu. Ada banyak petua. Yang penting, bau darah pada uri tu hilang nak elakkan binatang terhidu dan korek lubangnya nanti.


 Lubang yang dah siap dikorek. Kalau nak kira dalam, tak lah dalam sangat lubang yang abah gali ni. Al maklum abah dah lama tak menggali lubang..asyik duduk mengadap laptop ngan anak murid. Cepat mengah nak gali dalam-dalam.


Selamat tinggal uri ku..Terima kasih sebab tanpamu, aku tak lahir di dunia ni. Walaupun kau duduk kat bawah masa kita dalam perut ummi, aku tak salahkan kau. Semuanya ada HIKMAH yang ALLAH dah tetapkan. Terima kasih ALLAH.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...