Alhamdulillah. Hari ni saya dah mula bersekolah. Untuk hari ni sampai minggu ketiga nanti, kami ada minggu transisi. Kiranya macam minggu suai kenal la dengan sekolah, cikgu dan kawan-kawan. Macam biasa pagi2 sebelum pergi sekolah, saya bergambar dulu dengan adik-beradik. Kak Husna dah tahun 5, abg Asyraf tahun 3 dan Afif je yang belum sekolah.

Hari pertama, kami mula dengan perhimpunan. Ramai juga mak ayah yang tunggu anak masing-masing. Saya? Tak payah lah sebab abah saya memang dah kerja kat sekolah ni..hihi

Waktu rehat saya belajar beli makanan dan air di kantin. Kawan-kawan pun sama. Saya tak tahu nak beli apa, jadi saya minta mee goreng lah..

Teruskan membaca >>
Read Comments

Patah tangan

Teruskan membaca >>
Read Comments

Ujian Saringan Tahun 1

Sekarang ni saya kena jawab soalan ujian saringan. Ujian ni lah yang akan tentukan kelas mana saya kena masuk bila dah mula sekolah nanti. Sekarang saya didaftarkan dalam kelas 1 Nilam. Ada 3 kelas semuanya untuk tahun 1 ni. Kelas Berlian, Delima dan Nilam. Mmmm..masuk kelas mana lah saya nanti.


Inilah jawapan saya untuk ujian tu. Lambat betul saya menulis. Maklumlah dah lama bercuti..hehe..eja nama pun campur-campur huruf kecil dan besar.
Teruskan membaca >>
Read Comments

Daftar Tahun 1


Hari ni 31 Disember 2016 saya pergi mendaftar untuk Tahun 1. Apa nama sekolah saya? Untuk tahun 1 nanti saya akan bersekolah di sekolah tempat abah mengajar, SK Kg. Dato' Ibrahim Majid. Kalau masa pra, saya di sekolah ummi kali ni saya akan pindah ke sekolah abah. Sebabnya nanti senang nak pergi sekolah agama dengan abang Asyraf Wajdi.

Urusan pendaftaran di kaunter dengan ummi.

Ni tengah tunggu untuk sesi taklimat.

Lepas taklimat, murid-murid kena beratur nak masuk ke dalam kelas. Happy je saya kan..

Dapat tempat kat belakang sekali..saya masuk kelas 1 Nilam. Lepas ni kena jawab soalan ujian untuk tentukan kelas mana saya kena masuk nanti.
Teruskan membaca >>
Read Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...