Hari ni 31 Disember 2016 saya pergi mendaftar untuk Tahun 1. Apa nama sekolah saya? Untuk tahun 1 nanti saya akan bersekolah di sekolah tempat abah mengajar, SK Kg. Dato' Ibrahim Majid. Kalau masa pra, saya di sekolah ummi kali ni saya akan pindah ke sekolah abah. Sebabnya nanti senang nak pergi sekolah agama dengan abang Asyraf Wajdi.
Urusan pendaftaran di kaunter dengan ummi.
Ni tengah tunggu untuk sesi taklimat.
Lepas taklimat, murid-murid kena beratur nak masuk ke dalam kelas. Happy je saya kan..
Dapat tempat kat belakang sekali..saya masuk kelas 1 Nilam. Lepas ni kena jawab soalan ujian untuk tentukan kelas mana saya kena masuk nanti.
0 comments:
Post a Comment