Hari pertama sekolah

Alhamdulillah. Hari ni saya dah mula bersekolah. Untuk hari ni sampai minggu ketiga nanti, kami ada minggu transisi. Kiranya macam minggu suai kenal la dengan sekolah, cikgu dan kawan-kawan. Macam biasa pagi2 sebelum pergi sekolah, saya bergambar dulu dengan adik-beradik. Kak Husna dah tahun 5, abg Asyraf tahun 3 dan Afif je yang belum sekolah.

Hari pertama, kami mula dengan perhimpunan. Ramai juga mak ayah yang tunggu anak masing-masing. Saya? Tak payah lah sebab abah saya memang dah kerja kat sekolah ni..hihi

Waktu rehat saya belajar beli makanan dan air di kantin. Kawan-kawan pun sama. Saya tak tahu nak beli apa, jadi saya minta mee goreng lah..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...