Kena inject

Hari ni saya pergi KK Simpang Renggam untuk check up umur 6 bulan.

Macam biasa, kakak Husna ngan abg Asyraf pun ikut sama.

Mujur lah hari ni kat klinik tu dah takde nurse2 praktikal dari KLMU.

Kalau tak, mesti saya kena jadi bahan praktikal macam dulu.

Ikutkan jadualnya, hari ni saya kena inject hepatitis.

So, pas kena timbang (berat saya naik 300 gram je dari bulan lepas, skrang saya 5.7 kg), n sesi interview nurse ngan ummi, saya pun dibawa ke bilik injection.
 

Masa tunggu nurse tu siapkan barang2 dia, saya leka tengok kak ngan abg main.



Mmm..bila nurse dh ready, saya pun kena inject la.





Allah! sakitnya. Saya pun nangis kuat2.

Tapi kejap je saya nangis, tak sampai seminit pun.

Pastu, kami pun balik.

Tu je citer kali ni.
Teruskan membaca >>
Read Comments

Cukur Kepala

Hari ni saya dah berumur 5 bulan lebih..dah nak masuk 6 bulan dah pun.
Saya dah berimej baru baru hari ni.
Apa yang baru? Jom tengok.




Haa..buat pertama kalinya (mungkin yang terakhir)..kepala saya dicukur licin.
Sapa yang cukur? Sapa lagi...abah saya la.
Semalam abah dah cukur separuh...malu nak tunjuk gambarnya..




Mmm..tobek sana sini kan...
Tu la..semalam saya dah tak tahan masa abah cukur..gatal je kepala..
Saya nangis la...
Teruskan membaca >>
Read Comments

Jadi Bahan Nurse KLMU

Hari ni saya pergi Klinik Kesihatan Simpang Renggam (KKSR)..
Biasalah untuk periodal check up..
Yang lainnya hari ni bukan nurse yang biasa wat check up...
Hari ni nurse pelatih dari KLMU (siap ada budak kecik nyanyi lagu KLMU g masa kat klinik tadi)...
Abis la saya kena kerumun ngan nurse2 tu..


Apapun...terima kasih ya kakak2 nurse semua..
Teruskan membaca >>
Read Comments

Demam Campak ke?

Hari Jumaat lepas (hari ni Selasa), masa abah amik saya dari rumah pengasuh, abah rasa kepala saya panas sangat. Nenek Yah (pengasuh saya) pun cakap yang saya macam nak demam. Petang tu saya pun dibawa ke klinik. Pas doktor checked saya, doktor bagi la ubat demam, selesema dan batuk, fine. Hari Sabtu dan Ahad saya still demam lagi walaupun dah makan ubat. Plannya kalau Isnin petang tu tak baik lagi, ummi nak bawak saya pergi berurut. Ada orang cakap kadang2 budak2 macam saya ni demam urat..hehe..
 
Tengahari Isnin saya dah ok. Dah tak panas dah! malah badan dan kaki tangan saya sejuk je (walaupun cuaca panas) TAPI keluar pulak ruam2 merah kat muka saya. Alamak! demam campak ke? Abah ngan ummi dah agak saya kena demam campak ni. Petang tu bermandikan air kelapa muda la saya.


Hari ni, Selasa..ruam2 tu masih ada lagi. Nak tengok?


Haa..nampak kan merah2 muka saya. Rupa2nya bukan demam campak la. Macam je tapi bukan. Sakit saya bi sesetengah orang panggil three days fever. Demam 3 hari pastu keluar ruam 3 hari. Istilah medical dia Roseola infantum. Baca la kat bawah ni ya.

Roseola (also known as sixth disease, exanthem subitum, and roseola infantum) is a viral illness in young children, most commonly affecting those between the ages of 6 months and 2 years. It is typically marked by several days of high fever, followed by a distinctive rash just as the fever breaks.

Two common and closely related viruses can cause roseola: human herpesvirus (HHV) type 6 and possibly type 7. These two viruses belong to the same family as the better-known herpes simplex viruses (HSV), but HHV-6 and HHV-7 do not cause the cold sores and genital herpes infections that HSV can cause.

Signs and Symptoms
A child with roseola typically develops a mild upper respiratory illness, followed by a high fever (often over 103° Fahrenheit, or 39.5° Celsius) for up to a week. During this time, the child may appear fussy or irritable and may have a decreased appetite and swollen lymph nodes (glands) in the neck.


The high fever often ends abruptly, and at about the same time a pinkish-red flat or raised rash appears on the child's trunk and spreads over the body. The rash's spots blanch (turn white) when you touch them, and individual spots may have a lighter "halo" around them. The rash usually spreads to the neck, face, arms, and legs.

Contagiousness
Roseola is contagious and spreads through tiny drops of fluid from the nose and throat of infected people. These drops are expelled when the infected person talks, laughs, sneezes, or coughs. Then if other people breathe the drops in or touch them and then touch their own noses or mouths, they can become infected as well.
The viruses that cause roseola do not appear to be spread by kids while they are exhibiting symptoms of the illness. Instead, someone who has not yet developed symptoms often spreads the infection.

Prevention
There is no known way to prevent the spread of roseola. Because the infection usually affects young children but rarely adults, it is thought that a bout of roseola in childhood may provide some lasting immunity to the illness. Repeat cases of roseola may occur, but they are not common.


Duration
The fever of roseola lasts from 3 to 7 days, followed by a rash lasting from hours to a few days.


Home Treatment
Until the fever drops, you can help keep your child cool using a sponge or towel soaked in lukewarm water. Do not use ice, cold water, alcohol rubs, fans, or cold baths. Acetaminophen (such as Tylenol) or ibuprofen (such as Advil or Motrin) can help to reduce your child's fever. Avoid giving aspirin to a child who has a viral illness because the use of aspirin in such cases has been associated with the development of
Reye syndrome, which can lead to liver failure and death.

To prevent dehydration from the fever, encourage your child to drink clear fluids such as water with ice chips, children's electrolyte solutions, flat sodas like ginger ale or lemon-lime (stir room-temperature soda until the fizz disappears), or clear broth. If you are still breastfeeding, breast milk can help prevent dehydration as well.

Teruskan membaca >>
Read Comments

Apa yang sama?

Hari ni saya dah 4 bulan, 2 minggu dan 5 hari. Berat saya pun dah 5.1 kg. Dulu masa lahir berat saya 2.47 kg je. Sekarang ni saya dah pandai meniarap cuma kalau tertiarap lama sket je saya mula la menangis. :) Bukan pe, sakit jugak lengan ngan siku saya masa meniarap tu. 


Saya nak tunjuk gambar ni.




Gambar ni masa kakak Husna pas balik dari sekolah. Biasanya petang2 dia tido la sebab penat kat sekolah. Abah cakap kakak tu ligat sangat kat sekolah, tu yg penat je bila balik rumah. Saya pun layan tido dalam gambar tu. Biasa saya tido dalam buaian tapi petang tu dah ngantuk sangat saya pun layan je tido.


Soalan saya nak tanya ni..apa yang sama antara saya ngan kak Husna? haa..dapat tak? muka sama ke? hmm..betul jugak tapi bukan tu jawapannya. Apa yang sama..kami dua2 hisap jari. Ibu jari tangan kiri pulak tu..hehe..kalau nak tau, abg ngah saya. Asyraf Wajdi pun hisap jari jugak tapi dia hisap ibu jari tangan kanan. Nampaknya kami adik beradik ni memang penghispa jari la.. :)
Teruskan membaca >>
Read Comments

Test Suara..

Saya sekarang ni dah 3 bulan 6 hari. Alhamdulillah syukur setakat ni saya sihat walafiat. Kena inject masa cukup umur 3 bulan last week pun saya tak demam. Satu-satunya masalah saya ialah kat pipi saya ni ada ruam susu. Dah nampak tak cantik pipi saya. Hari tu ummi dah beli ubat sapu kat Klinik Nur, Batu Pahat. Bila sapu ubat tu ok la dalam dua hari dah licin balik pipi saya. Cuma skang ni jadi balik ruam tu.

Dalam video ni saya macam nak menangis, tapi xjadi menangis. Tak tau la apa yang tak kena dengan saya. Kalau nak tahu, saya ni kalau dah menangis memang tak ingat dunia. Saya akan melalak kuat-kuat.hehe..abah cakap suara saya macam Ella serak-serak basah. 

Jom tengok saya dalam video ni ya..

Teruskan membaca >>
Read Comments

Jaundis - Kena tahan di SCN

Saya lahir pada jam 2.33 pagi 28 Disember 2010. Setelah dua hari di wad, doktor membenarkan ummi untuk discaj dari wad 10. Pagi tu, doktor ambil darah saya untuk ujian jaundis. Tengahari dapat result, 12.4 tahap bilirubin darah saya. Doktor ambil keputusan untuk tahan saya di wad SCN sebab doktor cakap tahap bilirubin tu mungkin akan naik memandangkan usia saya baru 3 hari. Nak tak nak terpaksalah abah ngan ummi lepaskan saya tinggal bermalam di wad SCN. Mulanya ummi berat jugak nak balik rumah tanpa saya tapi doktor cakap, ummi boleh stay kat wad 1 di tingkat bawah dan jaraknya dengan wad SCN tu jauh jugak. Abah cakap nanti susah ummi nak berjalan ke SCN untuk susukan saya, ummi pun belum kuat lagi nak berjalan takut luka operation terjejas pulak.

So, nurse pun datang tukarkan baju yang saya pakai ngan selimut warna hijau. Abis badan saya kena balut kuat-kuat. Lepas settle urusan kat kaunter, nurse pindahkan saya ke katil untuk dibawak ke wad SCN. Yang paling kelakar, tengok la saiz katil ni...


Abah ngan ummi dalam sedih2 tergelak jugak tengok saya atas katil ni. Besarnya! Heheh...
Sampai kat wad scn, nurse letak termometer kat ketiak saya. Tengok la ekspresi muka saya ni..

 Apa la yang diaorang wat kat saya ni? agaknya tulah yang bermain dalam fikiran saya. Lepas ambik suhu tu, lama jugak nak tunggu nurse settlekan urusan registration saya. Maka terbiarlah saya atas katil. Mujur la dah tukar katil kecik untuk baby. Kalau tak..malu jugak.

 Pas dah settle semua, saya pun dibawa ke bilik kecik. Dalam tu saya orang-sorang je. Nurse bukakkan selimut tadi, tiarapkan saya dan bukak lampu biru tu.
 Saya pun tertidur kepenatan....




Teruskan membaca >>
Read Comments

Cerita Uri

Seperti yang semua dah maklum, saya ni dilahirkan melalui pembedahan. Sebabnya, waktu dalam perut ummi, uri saya ada kat bawah, jadi saya tak boleh nak lahir secara normal. Sebab tu lah jugak, masa abah saya nak tanam uri saya tu, abah siap ambik gambar lagi. Boleh buat kenangan, lagipun mesti ramai yang tak pernah tengok camana sebenarnya uri tu kan?

Jom kita tengok..

 Gambar ni fresh masa uri dalam bungkusan hospital. Biasanya, uri tu dimasukkan dalam plastik dulu. Uri saya ni ada dalam 2 lapis plastik. Kat luar baru la bungkusan kertas ni.


 Uri yang masih berdarah. Nampak kan tali pusat tu? Nak tahu apakah fungsi uri?
Uri ni adalah perantara antara ibu dan bayi. Darah ibu mengalir  kepada janin dan bahan kumuh janin pula disalurkan kepada ibu melalui uri.Bekalan oksigen  dan zat makanan dihantar kepada janin melalui plasenta.Jika ibu menghidap penyakit darah tinggi semasa mengandung,uri turut terganggu di mana salur darah dalam uri menjadi sempit dan apabila darah tidak dapat mengalir sempurna maka bayi kemungkinan akan menjadi kecil saiznya kerana kurang zat penting.
Fungsi lain uri juga sebagai penapis darah sebelum sampai kepada janin.Segala bahan toksik pada bayi di tapis terlebih dahulu sebelum sampai pada bayi. SUMBER




 Ni masa abah tengah bersihkan uri saya. Abah saya ni sebenarnya penakut ngan darah yang pekat dan banyak. Nak pitam dia kata bila tengok. Abah pancutkan air je nak buang darah yang melekat kat uri tu. Ada orang-orang tua yang rendam ngan air garam atau asam, biasalah orang melayu. Ada banyak petua. Yang penting, bau darah pada uri tu hilang nak elakkan binatang terhidu dan korek lubangnya nanti.


 Lubang yang dah siap dikorek. Kalau nak kira dalam, tak lah dalam sangat lubang yang abah gali ni. Al maklum abah dah lama tak menggali lubang..asyik duduk mengadap laptop ngan anak murid. Cepat mengah nak gali dalam-dalam.


Selamat tinggal uri ku..Terima kasih sebab tanpamu, aku tak lahir di dunia ni. Walaupun kau duduk kat bawah masa kita dalam perut ummi, aku tak salahkan kau. Semuanya ada HIKMAH yang ALLAH dah tetapkan. Terima kasih ALLAH.
Teruskan membaca >>
Read Comments

Cerita saya lahir (Part III)

Sambungan..

Doktor dan nurse pun buat la persiapan untuk operation. Lepas setengah jam, darah ummi berhenti pulak keluar. Tunggu lagi 15 minit takde darah keluar lagi. Doktor pun decide utk postpone dulu operation. Ummi dihantar ke wad HDU kat Dewan Bersalin. Doktor cakap kalau berdarah lagi ataupun ummi rasa sakit nak bersalin sangat, doktor akan cepat2 operate. Kalau tak, doktor akan operate esok paginya pukul 8.

Maghrib tu, ummi bagitau abah yang ummi tak rasa sakit bersalin lagi. Ummi cakap mungkin esok pagi la nak kena operate. Abah pun balik la ke rumah Simpang Renggam sebab semua barang2 baby lum sedia lagi. Lampin2 yang atuk Aisyah jahit masa kak Husna dulu masih lum dibasuh lagi. 

Malam tu jam 12.34 tengah malam, ummi sms abah bagitau yang ummi sakit pinggang macam nak bersalin. Abah pun cepat2 keluar rumah, start enjin kereta dan pecut ke hospital. Abah sampai hospital dalam 1.45 pagi, pukul 2 pagi ummi dibawa ke dalam dewan bedah.
Suasana awal pagi 28-12-2010 kat ruang legar dewan bedah.

Nurse cakap mungkin dalam sejam operation tu. Sambil tunggu, abah pergi surau hospital wat solat hajat dan baca yaasin mohon kat Allah semoga semuanya selamat. Dalam pukul 2.40 abah pergi tunggu kat depan dewan bedah.

Tunggu punya tunggu..dah pukul...
Dah pukul 3.10 pagi dah...
Mana ni lum keluar2 lagi?Abah tertanya2. Takut jugak masa tu kot apa2 berlaku. Dalam pukul 4 pagi, nurse panggil abah. Rupa2nya nurse nak serah baby untuk diazan dan iqamatkan.
Inilah gambar PERTAMA saya kat dunia ni.

Bila abah azan dan iqamatkan saya, beberapa kali jugak saya bukak mata. Masa tu betapa bahagianya perasaan abah tak dapat digambarkan. Syukur Alhamdulillah..
Sambil azan, abah sempat amik gambar.

Lepas tu, nurse ambil saya balik. Abah tanya pasal ummi, nurse cakap mungkin lambat sket sebab doktor nak pantau keadaan ummi dulu. Masa kena bedah tu, ummi kena bius satu badan bukan separuh badan sebab kes uri bawah ummi tu tahap yang serius, tahap 3.

Dalam pukul 4.44 pagi, baru la nurse tolak katil ummi keluar dari dewan bedah. Masa tu pun ummi masih separuh sedar bila abah panggil. Macam dengar tak dengar je.
Nurse tolak katil ummi masuk ke dewan bersalin.
Apapun, syukur banyak2 kepada Allah semuanya dah selamat. Paling bimbang kalau uri saya melekat kat rahim ummi. Bila jadi kes macam tu, doktor cakap terpaksa buang rahim. Mujur dan syukur itu tak berlaku. Terima kasih Allah.
Teruskan membaca >>
Read Comments

Cerita saya lahir (Part II)

Bila ummi kena tahan kat wad, tiap2 hari la abah datang ke hospital melawat ummi. Mujur la masa tu cuti sekolah lagi. Ada 2 minggu lebih lagi sebelum abah kena bertugas kat sekolah. Jadi, abah, kak Husna dan abg Asyraf dok kat rumah atuk Aisyah kat Semerah, Batu Pahat. Kira dekat la rumah atuk ngan hospital.

Hari demi hari..macam tu lah keadaanya sampailah hari Isnin 27 Disember 2010. Masa tu abah, kak Husna ngan abg Asyraf dah balik ke rumah kami di Simpang Renggam sebab abah dah kena bertugas di sekolah. Kalau ikutkan, ummi cakap hari tu abah tak payah la datang melawat ummi sebab jauh jugak Simpang Renggam ke Batu Pahat. Lagipun doktor dah setkan tarikh ummi kena operation pada 11-1-11 (cantik kan?).

Tapi memang dah ditakdirkan, abah rasa nak jugak pergi melawat ummi hari tu. So, petang tu abah datang ke hospital macam biasa. Kak Husna ngan abg Asyraf abah tinggalkan kat rumah mak ngah kat Senggarang sebab budak2 tak boleh masuk dalam wad. 

Tengah2 abah ngan ummi dok berborak petang tu, tiba2 ummi rasa macam keluar darah. Tengok2 rupanya betul. Banyak jugak darah yang keluar. Abah cepat2 pergi bagitau kat nurse. Kelam-kabut jugak masa tu. Lepas 5 minit, doktor pun datang. Bila dokor dah check ummi, dia pun bagitau abah yang ummi kena jugak operate petang tu sebab darah dah keluar...

 Bersambung lagi...
Teruskan membaca >>
Read Comments

Cerita Saya Lahir

Salam buat semua..

Cerita saya lahir ni agak berbeza dengan cerita kak long dan abg ngah saya. Apa bezanya? Kak long dan abg ngah dua2 bersalin normal..saya pulak orang cakap keluar ikut tingkap. :) ummi kena operation.

Kenapa pulak saya kena bersalin operation? Haa..dua minggu sebelum saya dilahirkan, pada 15 Disember 2010..tengahari tu ummi mengadu kat abah  macam ada keluar darah. Kalau nak diikutkan, due sebenar saya dilahirkan ialah pada 25 Januari 2011. Maknanya ada lebih sebulan lagi. Abah saya pun bawak ummi pergi check up kat Hospital Batu Pahat. Macam biasa, kak long dan abg ngah nak ikut jugak.

Sampai di hospital, ummi pun diperiksa oleh doktor. Rupa-rupanya ada darah keluar sebab kandungan ummi urinya kat sebelah bawah. Doktor cakap placenta praevia. Sumer terperanjat masa tu sebab tak sangka pulak jadi macam tu. Dua kali ummi pregnant sebelum ni takde masalah apa. So, bila dah disahkan uri bawah, ummi kena la masuk wad petang tu.

Masa tu, ummi dah sedih dah. Abah pun pening kepala..apa taknya, doktor cakap kena tahan dalam wad sampai besalin. Kira punya kira ada sebulan lebih gak lagi sebelum sampai masa bersalin....

Kat hospital nilah ummi 'bertapa' sebelum lahirkan saya.(Ni gambar lama ni)
Bersambung.... :)
Teruskan membaca >>
Read Comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...