Cerita Saya Lahir

Salam buat semua..

Cerita saya lahir ni agak berbeza dengan cerita kak long dan abg ngah saya. Apa bezanya? Kak long dan abg ngah dua2 bersalin normal..saya pulak orang cakap keluar ikut tingkap. :) ummi kena operation.

Kenapa pulak saya kena bersalin operation? Haa..dua minggu sebelum saya dilahirkan, pada 15 Disember 2010..tengahari tu ummi mengadu kat abah  macam ada keluar darah. Kalau nak diikutkan, due sebenar saya dilahirkan ialah pada 25 Januari 2011. Maknanya ada lebih sebulan lagi. Abah saya pun bawak ummi pergi check up kat Hospital Batu Pahat. Macam biasa, kak long dan abg ngah nak ikut jugak.

Sampai di hospital, ummi pun diperiksa oleh doktor. Rupa-rupanya ada darah keluar sebab kandungan ummi urinya kat sebelah bawah. Doktor cakap placenta praevia. Sumer terperanjat masa tu sebab tak sangka pulak jadi macam tu. Dua kali ummi pregnant sebelum ni takde masalah apa. So, bila dah disahkan uri bawah, ummi kena la masuk wad petang tu.

Masa tu, ummi dah sedih dah. Abah pun pening kepala..apa taknya, doktor cakap kena tahan dalam wad sampai besalin. Kira punya kira ada sebulan lebih gak lagi sebelum sampai masa bersalin....

Kat hospital nilah ummi 'bertapa' sebelum lahirkan saya.(Ni gambar lama ni)
Bersambung.... :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...