Jaundis - Kena tahan di SCN

Saya lahir pada jam 2.33 pagi 28 Disember 2010. Setelah dua hari di wad, doktor membenarkan ummi untuk discaj dari wad 10. Pagi tu, doktor ambil darah saya untuk ujian jaundis. Tengahari dapat result, 12.4 tahap bilirubin darah saya. Doktor ambil keputusan untuk tahan saya di wad SCN sebab doktor cakap tahap bilirubin tu mungkin akan naik memandangkan usia saya baru 3 hari. Nak tak nak terpaksalah abah ngan ummi lepaskan saya tinggal bermalam di wad SCN. Mulanya ummi berat jugak nak balik rumah tanpa saya tapi doktor cakap, ummi boleh stay kat wad 1 di tingkat bawah dan jaraknya dengan wad SCN tu jauh jugak. Abah cakap nanti susah ummi nak berjalan ke SCN untuk susukan saya, ummi pun belum kuat lagi nak berjalan takut luka operation terjejas pulak.

So, nurse pun datang tukarkan baju yang saya pakai ngan selimut warna hijau. Abis badan saya kena balut kuat-kuat. Lepas settle urusan kat kaunter, nurse pindahkan saya ke katil untuk dibawak ke wad SCN. Yang paling kelakar, tengok la saiz katil ni...


Abah ngan ummi dalam sedih2 tergelak jugak tengok saya atas katil ni. Besarnya! Heheh...
Sampai kat wad scn, nurse letak termometer kat ketiak saya. Tengok la ekspresi muka saya ni..

 Apa la yang diaorang wat kat saya ni? agaknya tulah yang bermain dalam fikiran saya. Lepas ambik suhu tu, lama jugak nak tunggu nurse settlekan urusan registration saya. Maka terbiarlah saya atas katil. Mujur la dah tukar katil kecik untuk baby. Kalau tak..malu jugak.

 Pas dah settle semua, saya pun dibawa ke bilik kecik. Dalam tu saya orang-sorang je. Nurse bukakkan selimut tadi, tiarapkan saya dan bukak lampu biru tu.
 Saya pun tertidur kepenatan....




1 comments:

iela said...

alolo comei sungguh ye kamu ....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...